Menu Tutup

TERMA DAN SYARAT UNTUK TAKAFUL KASIH CUEPACS

  1. Pakej ini adalah untuk individu yang berkerja di bawah agensi kerajaan. Sila pastikan anda adalah bukan daripada agensi swasta.
  2. Anda wajib mengisi maklumat dan pengakuan dengan jujur dan lengkap di dalam borang yang diberikan.
  3. Anda boleh menamakan mana-mana individu selain daripada diri anda untuk menerima manfaat takaful di atas kematian anda. Anda dinasihatkan untuk memastikan penama mengetahui tentang pelan takaful yang anda sertai.
  4. Anda boleh membatalkan penamaan pada bila-bila masa dengan penamaan yang berikutnya di bawah.
  5. Anda boleh menamakan penama sebagai wasi atau benefisiari di Bahagian E tertakluk kepada terma dan syarat.
  6. Jika anda menamakan lebih dari seorang penama, anda boleh menetapkan bahagian tertentu diberikan kepada mereka. Sekiranya tiada arahan yang diberikan, pihak Syarikat akan membayar kepada penama secara sama rata. Anda boleh menamakan penama dengan mengisi borang penamaan sekarang atau pada bila-bila masa selepas sijil takaful dikeluarkan.
  7. Bagi tujuan wakaf, anda dinasihatkan untuk membuat serahan hak manfaat takaful kepada penerima wakaf yang dinamakan (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat) atau pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk membayar manfaat kepada penama yang berada di luar kontrak ini.
  8. Pembayaran manfaat takaful kepada penama anda akan memberi pihak Syarikat pelepasan yang lengkap dari liabiliti untuk membayar manfaat di bawah sijil takaful ini. (Pihak Syarikat tidak akan, dalam apa jua keadaan, terikat atau bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan pembayaran di mana ianya telah dibayar mengikut penamaan). Peserta Takaful yang berumur enam belas (16) tahun dan ke atas boleh menamakan sesiapa untuk menerima bayaran manfaat selepas kematian Orang Yang Dilindungi, sama ada sebagai wasi atau selain daripada benefisiari.
  9. Saksi mestilah selain daripada penama itu sendiri dan berfikiran waras serta telah mencapai umur lapan belas (18) tahun.
  10. Jika tiada sebarang penamaan dibuat dan berlaku kematian ke atas Orang Yang Dilindungi, manfaat takaful akan dibayar kepada wasi atau pentadbir harta pusaka anda yang sah, atau individu yang layak membuat tuntutan sehingga jumlah maksima berdasarkan kepada undang-undang di Malaysia.
  11. Anda boleh dari semasa ke semasa membuat pembatalan ke atas penamaan dan / atau membuat penamaan yang lain secara bertulis dan diterima serta direkod oleh pihak Syarikat pada bila-bila masa. Selain daripada pembatalan secara bertulis, penamaan terkemudian dan kematian penama semasa hayat Peserta Takaful, sebarang penamaan tidak boleh dibatalkan melalui satu wasiat atau melalui apa-apa tindakan, peristiwa atau cara-cara lain.

Garis panduan di bawah diguna pakai jika anda melantik penama sebagai wasi:

Sila rujuk garis panduan di bawah jika anda melantik benefisiari:

  1. Jika mana-mana penama meninggal dunia sebelum anda, anda boleh membuat penamaan berikutnya atau membatalkan penamaan secara bertulis. Jika tidak, bahagian penama yang meninggal itu akan dibayar kepada waris anda.
  2. Jika penama meninggal dunia selepas kematian anda tetapi sebelum manfaat takaful dibayar, pihak Syarikat akan membayar manfaat tersebut kepada waris anda.
  3. Wasi adalah penerima manfaat takaful mengikut peratusan (%) yang dinyatakan dan bertanggungjawab untuk mengagihkan manfaat takaful tersebut, tertakluk kepada syarat di bawah:
    • Bagi Peserta Takaful yang beragama Islam, wasi hendaklah membahagikan manfaat takaful seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perkhidmatan
      Kewangan Islam 2013 menurut Hukum Syarak dan / atau mana-mana undang-undang yang berkaitan; atau
    • Bagi Peserta Takaful yang bukan beragama Islam, wasi hendaklah membahagikan manfaat takaful mengikut Akta Pembahagian 1958, Surat Kuasa
      Mentadbir atau Perintah Probet.
  1. Benefisiari di atas akan menerima manfaat takaful mengikut peratusan yang dinyatakan
  2. Jika mana-mana benefisiari meninggal dunia sebelum anda, anda perlu membuat penamaan berikutnya.
  3. Jika penamaan tidak diperbaharui, bahagian benefisiari yang meninggal itu akan dibayar kepada waris anda sekiranya anda meninggal dunia.
  4. Jika benefisiari meninggal dunia selepas kematian anda tetapi sebelum manfaat takaful dibayar, pihak Syarikat akan membayar manfaat takaful kepada waris benefisiari yang meninggal dunia.
  5. Jika kotak untuk pelan juvenil ditanda, maka tiada sebarang penamaan benefisiari perlu dibuat.
  6. Sekiranya Peserta Takaful / Orang yang Dilindungi meninggal dunia, manfaat takaful akan dibayar berdasarkan hibah bersyarat kepada benefisiari mengikut peratusan yang dipersetujui seperti dinyatakan di atas.

NOTA PENTING:
Amaran: Sejajar dengan Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, anda harus mengambil perhatian munasabah untuk tidak membuat apa-apa salah nyataan apabila menjawab sebarang soalan di dalam Borang Cadangan ini atau di dalam sebarang permintaan yang dibuat oleh Takaful Ikhlas Family Berhad (“pihak Syarikat”)
sebelum Sijil Takaful ini dikeluarkan, diubah atau diperbaharui/dikuatkuasakan semula. Anda juga dikehendaki untuk mendedahkan sebarang perkara yang anda ketahui atau patut ketahui sebagai relevan kepada keputusan pihak Syarikat untuk menerima atau tidak menerima risiko ini serta kadar dan terma yang akan digunapakai. Anda juga dikehendaki untuk melaksanakan kewajipan penuh percaya mutlak di dalam semua urusan dengan pihak Syarikat dan kegagalan untuk mematuhi kewajipan ini boleh menyebabkan tidak-bayaran manfaat Takaful atau terma berlainan diguna pakai ke atas Sijil Takaful bergantung kepada jenis salah nyataan. Adalah penting untuk anda menyimpan bukti pembayaran Sumbangan Takaful bagi rujukan masa hadapan. Anda perlu memastikan bahawa produk yang dipilih memenuhi terma dan syarat.