TERMA DAN SYARAT UNTUK TAKAFUL KASIH CUEPACS

- Pakej ini adalah untuk individu yang berkerja di bawah agensi kerajaan. Sila pastikan anda adalah bukan daripada agensi swasta.
- Anda wajib mengisi maklumat dan pengakuan dengan jujur dan lengkap di dalam borang yang diberikan.
- Anda boleh menamakan mana-mana individu selain daripada diri anda untuk menerima manfaat takaful di atas kematian anda. Anda dinasihatkan untuk memastikan penama mengetahui tentang pelan takaful yang anda sertai.
- Anda boleh membatalkan penamaan pada bila-bila masa dengan penamaan yang berikutnya di bawah.
- Anda boleh menamakan penama sebagai wasi atau benefisiari di Bahagian E tertakluk kepada terma dan syarat.
- Jika anda menamakan lebih dari seorang penama, anda boleh menetapkan bahagian tertentu diberikan kepada mereka. Sekiranya tiada arahan yang diberikan, pihak Syarikat akan membayar kepada penama secara sama rata. Anda boleh menamakan penama dengan mengisi borang penamaan sekarang atau pada bila-bila masa selepas sijil takaful dikeluarkan.
- Bagi tujuan wakaf, anda dinasihatkan untuk membuat serahan hak manfaat takaful kepada penerima wakaf yang dinamakan (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Syarikat) atau pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab untuk membayar manfaat kepada penama yang berada di luar kontrak ini.
- Pembayaran manfaat takaful kepada penama anda akan memberi pihak Syarikat pelepasan yang lengkap dari liabiliti untuk membayar manfaat di bawah sijil takaful ini. (Pihak Syarikat tidak akan, dalam apa jua keadaan, terikat atau bertanggungjawab dalam memastikan perlaksanaan pembayaran di mana ianya telah dibayar mengikut penamaan). Peserta Takaful yang berumur enam belas (16) tahun dan ke atas boleh menamakan sesiapa untuk menerima bayaran manfaat selepas kematian Orang Yang Dilindungi, sama ada sebagai wasi atau selain daripada benefisiari.
- Saksi mestilah selain daripada penama itu sendiri dan berfikiran waras serta telah mencapai umur lapan belas (18) tahun.
- Jika tiada sebarang penamaan dibuat dan berlaku kematian ke atas Orang Yang Dilindungi, manfaat takaful akan dibayar kepada wasi atau pentadbir harta pusaka anda yang sah, atau individu yang layak membuat tuntutan sehingga jumlah maksima berdasarkan kepada undang-undang di Malaysia.
- Anda boleh dari semasa ke semasa membuat pembatalan ke atas penamaan dan / atau membuat penamaan yang lain secara bertulis dan diterima serta direkod oleh pihak Syarikat pada bila-bila masa. Selain daripada pembatalan secara bertulis, penamaan terkemudian dan kematian penama semasa hayat Peserta Takaful, sebarang penamaan tidak boleh dibatalkan melalui satu wasiat atau melalui apa-apa tindakan, peristiwa atau cara-cara lain.
Garis panduan di bawah diguna pakai jika anda melantik penama sebagai wasi:
Sila rujuk garis panduan di bawah jika anda melantik benefisiari:
- Jika mana-mana penama meninggal dunia sebelum anda, anda boleh membuat penamaan berikutnya atau membatalkan penamaan secara bertulis. Jika tidak, bahagian penama yang meninggal itu akan dibayar kepada waris anda.
- Jika penama meninggal dunia selepas kematian anda tetapi sebelum manfaat takaful dibayar, pihak Syarikat akan membayar manfaat tersebut kepada waris anda.
- Wasi adalah penerima manfaat takaful mengikut peratusan (%) yang dinyatakan dan bertanggungjawab untuk mengagihkan manfaat takaful tersebut, tertakluk kepada syarat di bawah:
- Bagi Peserta Takaful yang beragama Islam, wasi hendaklah membahagikan manfaat takaful seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 menurut Hukum Syarak dan / atau mana-mana undang-undang yang berkaitan; atau - Bagi Peserta Takaful yang bukan beragama Islam, wasi hendaklah membahagikan manfaat takaful mengikut Akta Pembahagian 1958, Surat Kuasa
Mentadbir atau Perintah Probet.
- Bagi Peserta Takaful yang beragama Islam, wasi hendaklah membahagikan manfaat takaful seperti yang dinyatakan di bawah Akta Perkhidmatan
- Benefisiari di atas akan menerima manfaat takaful mengikut peratusan yang dinyatakan
- Jika mana-mana benefisiari meninggal dunia sebelum anda, anda perlu membuat penamaan berikutnya.
- Jika penamaan tidak diperbaharui, bahagian benefisiari yang meninggal itu akan dibayar kepada waris anda sekiranya anda meninggal dunia.
- Jika benefisiari meninggal dunia selepas kematian anda tetapi sebelum manfaat takaful dibayar, pihak Syarikat akan membayar manfaat takaful kepada waris benefisiari yang meninggal dunia.
- Jika kotak untuk pelan juvenil ditanda, maka tiada sebarang penamaan benefisiari perlu dibuat.
- Sekiranya Peserta Takaful / Orang yang Dilindungi meninggal dunia, manfaat takaful akan dibayar berdasarkan hibah bersyarat kepada benefisiari mengikut peratusan yang dipersetujui seperti dinyatakan di atas.
NOTA PENTING:
Amaran: Sejajar dengan Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, anda harus mengambil perhatian munasabah untuk tidak membuat apa-apa salah nyataan apabila menjawab sebarang soalan di dalam Borang Cadangan ini atau di dalam sebarang permintaan yang dibuat oleh Takaful Ikhlas Family Berhad (“pihak Syarikat”)
sebelum Sijil Takaful ini dikeluarkan, diubah atau diperbaharui/dikuatkuasakan semula. Anda juga dikehendaki untuk mendedahkan sebarang perkara yang anda ketahui atau patut ketahui sebagai relevan kepada keputusan pihak Syarikat untuk menerima atau tidak menerima risiko ini serta kadar dan terma yang akan digunapakai. Anda juga dikehendaki untuk melaksanakan kewajipan penuh percaya mutlak di dalam semua urusan dengan pihak Syarikat dan kegagalan untuk mematuhi kewajipan ini boleh menyebabkan tidak-bayaran manfaat Takaful atau terma berlainan diguna pakai ke atas Sijil Takaful bergantung kepada jenis salah nyataan. Adalah penting untuk anda menyimpan bukti pembayaran Sumbangan Takaful bagi rujukan masa hadapan. Anda perlu memastikan bahawa produk yang dipilih memenuhi terma dan syarat.
TERMA DAN SYARAT PROGRAM KEAHLIAN KHAIRAT MYKASIH JENAZAH

1.0 Syarat Penyertaan & Pembayaran
- Keahlian adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap termasuk mereka yang bukan beragama Islam.
- Had umur mendaftar untuk dewasa adalah 18 tahun hingga 65 tahun.
- Bagi peserta yang menyertai sebelum berumur 55 tahun layak membuat pembaharuan sehingga umur 80 tahun.
- Pasangan yang sah adalah dilindungi secara automatik. Terhad kepada seorang pasangan yang dinamakan sahaja.
- Semua anak yang berumur 06 bulan hingga 17 tahun adalah layak mendapat manfaat secara automatik di bawah keahlian ibu/ayah. Terhad kepada dua kematian anak mana-mana yang terdahulu.
- Kadar bayaran dan pakej adalah seperti yang terdapat di laman sesawang mykasihjenazah.my
- Pembayaran boleh dibuat secara tunai atau secara online kepada mana-mana akaun yang ditentukan oleh Dar Kasih Sdn Bhd (anak syarikat Dar Al Istithmar Sdn Bhd.). Sila kemukakan resit transaksi kepada pihak pengurusan Khairat MyKasih Jenazah sebagai bukti bayaran dan resit.
- Khairat MyKasih Jenazah tidak akan bertanggungjawab ke atas pembayaran yang dibuat kepada akaun selain Dar Kasih Sdn Bhd atau Dar al Istithmar Sdn Bhd dan tanpa mengemukakan bukti bayaran.
- Setiap keahlian yang berjaya akan diberikan resit penerimaan sebagai bukti pendaftaran. Sila hubungi kami jika tidak menerima resit.
- Tempoh keahlian adalah selama setahun bermula dari tarikh efektif. Tarikh efektif boleh disemak pada kad keahlian maya.
- Perlindungan bermula 30 hari selepas permohonan diluluskan.
- Bagi peserta dengan sakit sedia ada, adalah tertakluk kepada tempoh menunggu 60 hari daripada tarikh permohonan diluluskan.
- Sekiranya peserta meninggal dunia di dalam tempoh menunggu, wang sumbangan peserta akan dikembalikan sepenuhnya kepada waris.
- Kad Keahlian maya boleh disemak secara online selepas 30 hari bekerja daripada tarikh pendaftaran berjaya.
- Pihak Khairat MyKasih Jenazah berhak menolak sebarang permohonan / pendaftaran tanpa sebarang notis / makluman.
- Pihak Khairat MyKasih Jenazah berhak mengubah, meminda, membatalkan atau membuat tambahan kepada syarat dan peraturan ini tanpa sebarang notis semasa permohonan pembaharuan keahlian.
2.0 Prosedur Tuntuan
- Bagi tuntutan segera semasa hari kematian, waris boleh menelefon terus ke talian bebas tol 1-800-88-7077 atau mesej ke 011-55013537 atau melalui wakil Khairat MyKasih Jenazah terdekat.
- Pihak waris perlu mengemukakan bukti salinan sijil kematian atau permit pengkuburan dan bukti hubungan keluarga dengan si mati, semasa membuat laporan kematian.
- Sekiranya waris memilih untuk menguruskan sendiri jenazah atau diuruskan oleh pengurusan kariah surau/masjid tempatan, pihak Khairat MyKasih Jenazah akan memberikan pendahuluan wang tunai RM1000.00 atau RM1500.00 dalam tempoh 24jam bergantung kepada pakej yang disertai.
- Manfaat selain daripada pengurusan jenazah hanya dilaksanakan dalam tempoh 45 – 60 hari bekerja selepas semua dokumen lengkap seperti laporan polis, laporan perubatan dan sebagainya dikemukakan oleh waris.
3.0 Skop Perkhidmatan Pengurusan Jenazah
Perkhidmatan pengurusan Jenazah Lengkap Khairat MyKasih Jenazah yang diberikan adalah seperti berikut :-
- Khidmat nasihat kepada waris.
- Membantu waris bagi proses dokumentasi kematian jika diperlukan.
- Pengangkutan Jenazah dari tempat kematian ke hospital, rumah, masjid/surau dan tanah perkuburan.
- Memandikan jenazah.
- Mengkafankan jenazah.
- Solat jenazah.
- Pengkebumian jenazah
- Menyantuni dan menjaga kehormatan jenazah sepanjang masa ianya diuruskan.
4.0 Pentadbiran dan pengurusan manfaat kematian
Dar Kasih Sdn Bhd berhak untuk menguruskan dan mentadbir manfaat yang telah dinyatakan dalam pakej/skim yang telah disertai dan disetujui oleh peserta semasa permohonan.
Dikeluarkan oleh :
Khairat MyKasih Jenazah
c/o Dar Kasih Sdn Bhd
(Ahli kumpulan Dar al Istithmar Sdn Bhd)